Monday 8 October 2012

.:: JASMINE ON THE 4TH FLOOR ::.



' Only with goodbye does hello become precious, become meaningful. It is only when things are lost that we are really feel they are important.'



Hello aq kembali dengan entri terbaru..hehe nak share dengan korang novel Inggeris Alaf21 yang aq minat gilakk nih..Petikan di atas dari Novel itulah yang bertajuk JASMINE ON THE 4TH FLOOR..ce korang google ckit mesti jumpe.





Novel ni mengisahkan.......

Jasmine finds solace in her world of flowers on her 4th floor apartment. She dreams of the day she would leavethe apartment for Singapore. But all her plans are sidelined the day she meets the mysterious Remy.

Remy is on the run from himself. Desperately trying to find meaning in his life, he hides in the flat complex
called Rifle Range. There he befriends Jasmine and immediately takes interest in her. Jasmine, the happy-go-lucky girl is the answer to his problems.

It is a friendship that helps both of them cope with their tortured past and their need to love and be loved. Ultimately Remy’s secret threatens their blossoming love and hopes of a life together.

Could the strengths of their friendship and love overcome the secret that Remy hides?.







Apa yang aq suka tentang novel ni adalah gaya penulisan Inggeris yang senang difahami dan romantis..hehe ala-ala jiwang giteww..N yang paling menarik nyer lagi adalah harga buku ni RM10 ajer..x cayer tgk pix kat atas tuh..Lupe pulak nak cakap sal author dia. Maclean Patrick adalah penulis dari Malaysia yang menulis novel Inggeris bagi memenuhi waktu lapang.Antara karya lain adalah..




Simple aje cover buku beliau tapi penulisan dia memang best..owhh i fell in love..haha.Akhir kata terima la kata puitis dari ku..muuuaahhhh~~



...Such is the way of love. A feeling that most people would say is troublesome yet without it (as some would say) the world would not spin. It was not in the bustle of the city I found love but rather it was on the fourth floor of a community flat that love found me. It is to this love that my world spins and finds its meaning.'

















Sunday 7 October 2012

.:: Keistimewaan Dua Ayat Terakhir At Taubah ::.


Assalamualaikum para pembaca sekalian..

Now nak berkongsi dengan korang dari sudut rohani pulak as santapan rohani. Kita hidup ni main-main jugak tapi kene seimbang semua nya.Ok..ni potongan ayat dua terakhir surah At Taubah..jom kite tengok apakah fadhilat membaca nya..zassss.........






Ertinya:
Sungguh telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri,yang terasa berat dirasa olehnya penderitaan kamu yang sangat menginginkan (keselamatan) kepada kamu, yang amat belas kasihan serta penyayang terhadap orang-orang mukmin. Lalu kamu berpaling, maka katakan lah : " Cukuplah Allah ( Penolongku), tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya melainkan Dia. kepadaNya saya berserah diri dan Dia Tuhan yang memilikinya ' Arasy yang Agung '


Penjelasan:
Barangsiapa yang setiap harinya membaca dua ayat yang akhir dari surah At Taubah sebanyak 7x sesudah solat fardhu, maka :

  • Jika dia seorang yang lemah,akan menjadi seorang yang kuat
  • Jika dia seorang yang hina,akan menjadi seorang yang mulia
  • Jika dia seorang yang kalah,akan segera mendapat pertolongan
  • Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapatkan kelapangan
  • Jika dia seorang yang berhutang,maka akan segera dapat membayar
  • Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
  • Jika dia seorang yang sulit dalam kehidupan, maka akan segera mendapat kelapangan hidup


Renung-renungkan dan selamat beramal....:)



.:: A picture can tell a thousand stories. An untold story can lead to a heart break ::.


Hi everyone..

Now i'm come out in English version..actually my English not good enough so i try to improve my communication skill here..Well i want to share and let's all of thinking for a while..See the title of this post right?? Well everything that happens means something and its depend to us to determine it..Hurmm let me explain u..for example..this picture..





Haha..when we look at 1st picture..we will assume that the girl at the right side is a good one right??
But we never know what actually happen until we look to 2nd picture..




So...what im going to say is..Don't Judge SomeOne or SomeThing simply because u will never know what u get back...and also please not believe the rumors around us without evidents..Ok..that's all from me.End of writing for now..Lots of love..:)

.:: PETUA DAPUR : Mudahnya Di Dapur~1 ::.






Assalamualaikum semua n hai hai hai

Di pagi yang indah nian hingga menusuk tulang itam ni...tetiba dtg ilham nak berkongsi dengan korang semua tentang Petua di Dapur..Aq  xde lah pandai sangat masak tapi kate orang sharing is caring rite..??..So ini adalah antara 4 petua yang aq kongsikan buat anda semua..!!..:)




Limau bali halau lipas

Wahh eww…mesti  korang geli kan kalo barang dapor yang korang simpan jadi kediaman lipas..Haa…cuba petua ni..keringkan kulit limau bali kemudian letakkan pada tempat yang lipas bermaharajalela tadi..InSyaAllah..lipas2 itu akan bertempiaran lari n x dating kembali lagi..Cubalah pasti berkesan..:)







Hilangkan bau pada daging ayam

Pasti ramai mengelak kalo diminta menyiang ayam kan..hihi..cam ade pengalaman ajer..of course la u..okay Petua nak hilangkan bau ayam ni senang ajer..gunakan tepung gandum n garam semasa membersihkan nya. Gaulkan bersama daging ayam tadi..n biarkan about 15 minit n then bersihkan. Simple kan…??




Elak semut

Haa..yang ni menarik perhatian aq masa aq baca..yelaa bese la kan umah kita naik semut..huhu. Haa ni dek nong nak habaq mai..petua nak kurangkan semut ialah dengan ambil gula lebih kurang 5 sudu besar n letakkan pada laluan semut. Dalam berapa minit ajer semut2 tuh pasti berkurangan n die..X tahu lah sebab ape kan..Kalo nak tahu berkesan ke x..cubelahh..:)







Elak telur retak

Kalo korang nak elakkan telur rebus pecah or retak..campurkan beberapa titis air cuka di dalam periuk rebusan telur..Hasilnya telur masak cantik ajer..Hmm nak cuba jugak nih…J

.:: Terengganuku **Lata BeLatan** ::.







Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu dalam kawasan Pentadbiran Hutan Terengganu Utara.Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan bandar Jerteh atau 103 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.





Gunung Tebu merupakan Gunung yang tertinggi di Negeri Terengganu (1097m dari aras laut). Ia merupakan tarikan utama bagi pendaki-pendaki yang ingin mencabar mental dan fizikal dengan mendaki gunung ini. Selain itu, lata belatan juga menawarkan tempat rekreasi terbaik dan selamat bersama keluarga kerana airnya tidak sedalam dan sederas Lata Tembakah yang juga terletak berhampiran.




Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menenangkan fikiran, berkelah bersama keluarga, berkhemah, menyusuri sungai, jungle trekking atau mendaki gunung. Kadar bayaran bagi perkhidmatan di Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu RM2 (tapak Perkhemahan), RM5 (bagi pendakian gunung tebu setiap seorang).




Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana 
pengembaraan hutan yang lebih bermakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.







Selain daripada tarikan air terjunnya yang cantik dan keindahan hutan yang terdiri daripada pelbagai flora dan fauna, buat pengetahuan pembaca di luar, Hutan Lipur Lata Belatan ini turut mempunyai air terjun yang dipanggil air terjun Lata Belatan. Sama seperti keadaan Air Terjun Sekayu di Hutan Lipur Sekayu , air di sini turut sejuk dan nyaman. Tempat sebegini amat sesuai untuk kanak-kanak mandi kerana air sungainya yang tidak dalam, jernih dan berpasir halus serta tidak merbahaya.








Kemudahan yang disediakan di sini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.




Rugi jika tidak berkunjung ke sini bersama keluarga tersayang..bak kata orang tak kenal maka tak cinta..:)











:: Gaya DekoRasi INggeriS..waa LOve It!! ::



Cuba Teka KonSep yg Ingin Disampaikan..err??



Assalamualaikum.........ade org x..hehe...
Aku suka sangat meng GOOGLE gambar-gambar hiasan dalaman. Tapi sayang bukan di rumah sendiri tau...wah kengkadang fell in Love habis. Putih dan pink purple memang menenangkan jiwa raga kan. Sajer nak share dengan kawan-kawan tentang gaya Inggeris yang aku minat gilak neh.., kut2 boleh direalisasikan kat rumah korang kan..


Gaya Inggeris menjadi pilihan dekorasi dalam Berita Harian suatu ketika dulu.
Berbalik pada hiasan rumah nih tak kiralah rumah korang tu besar ke ....kecik ke..... kalau dah pandai menghias tu tetaplah nampak cantik dan sweet sangat kan. Memang berkenan betul aku nih. Kreatif betul........Gabungan warna dan hiasan bunga-bungaan itu memang idaman hatiku...




Antara hiasan gaya Inggeris yang menawan hatiku..Cewahh..!!

Cawan-cawan kecil pelengkap gaya Inggeris..


Dekor ringkas n rileks di ruang makan..


Kalo laa..dapur camni..takut nak masak or kotorkan..hohoho



Ni pulak image meja makan ,,bile tgk betul2 mcm alas meja ruang makan umah aq lak..sama kot..haha


Set bilik tidur yang menjadi idamanku..Hope one day..ahh veranganlagi..hihi


English ni mesti banyak bunga-bunga, sweet dan cosy gitu. Bila musim sejuk depan boleh bayangkan musim bunga serta boleh duduk rapat-rapat menghangatkan suhu badan.ROMANTIK kan..hehe..





Saturday 6 October 2012

.:: RahSia TariKh KaMu DiLaHirkan ::.





1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian. 


2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya. 



3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani 
kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati. 

4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka 
mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah. 

5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi. 

6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup 
menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walaubagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta. 

7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat! 

8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja! 

9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" memanjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga. 

10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat 
mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadang kala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir! 

11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam 
mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadang kala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan ?? 

12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudah pun berpunya!! 

13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif 
sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan. 

14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!! 

15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah 
keputusan kamu secara tiba2. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'. 

16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya... Sekejap mood kamu okay dan sekejap pula kamu marah2. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit. 

17hb. Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati 
kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu. 

18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih2 lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata  
sayang. 

19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu 
lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius. 

20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada saja yang kamu 
inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!! 

21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah 
membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus-terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat. 

22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat 
bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa 'selamat' bila berada disampingnya. 

23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman2 dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup. 

24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam 
perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia. 

25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai 
lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak taukan ?? 

26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mentingkan keseronokan saja!!!! 

27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!! 

28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan 
teman2. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari. 

29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan 
sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki. 



30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!! 

31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan 
begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!




:: KeNaLi PerSoNaLiti MeNgikut Cara JePuN ::


Kuiz ini dikatakan cara mengenal personaliti diri cara masyarakat jepun. Tak tahulah betul atau tidak. Tapi setelah mengikutinya, ada kebetulan juga lah. Jadi jom layan...


Syarat  :
1) Baca kelima-lima soalan dengan teliti.
2) Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk jawab soalan. Perkara 
pertama yang terlintas adalah jawapan sebenar.
3) Setelah selesai menjawab, baru boleh meneliti analisis
yang diberikan.

Okayy?

Let's Start !

Soalan 1 : 
Kamu memiliki sejumlah wang yang banyak & ingin membeli kereta idaman. Tanpa berfikir panjang,  kereta yang kamu ingin beli adalah :
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Jaguar
d) Apa sahaja yang boleh membawa kamu ke mana-mana





Soalan 2 :
Bayangkan diri kamu seorang penyanyi & baru selesai merakamkan album terbaru. Untuk kulit album, rekaan manakah yang menjadi pilihanmu :
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih & lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yang lucu & berwana-warni
c) Potretmu
d)  Lukisan abstrak yang tak jelas bentuknya






Soalan 3 :
Kamu sedang merenung langit yang terbentang luas & indah. Kemudian pandangan itu dialihkan pada persekitaranmu (tanah tempat berpijak). Apakah yang tergambar dalam bayanganmu ketika itu : 
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dengan lautan terbetang luas
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar







Soalan 4 :
Ketika membaca majalah / surat khabar , bagaimana cara kamu membacanya :
a) Membaca mengikut urutan
b) Baca dengan melangkau halaman. Memilih artikel kegemaran
c) Membelek helaian terlebih dahulu kerana mencari artikel menarik
d) Mula membaca dari halaman belakang terus ke hadapan






Soalan 5 :
Kamu berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba seseorg datang menghampiri & ingin berbual denganmu. Perkataan pertama yang terpacul di bibirmu ketika didekati ialah :
a) "Lukisan ini cantik"
b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?"
c) "Maaf, adakah saya menggangu"
d) Kenalkn diri , " saya lah pelukisnya"




*
*
*
*
*
*
*



JAWAPAN : 


Soalan 1 : Cara kamu memilih pasangan
a) Memilih berdasarkan naluri sendiri. Bagi kamu, calon yang paling sesuai adalah boleh dipercayai serta boleh menenangkan.
b) Kacak/cantik adalah kriteria utama dalam memilih pasangan. Cara begini sering membuatkan kamu sering patah hati dalam hubungan.
c) Status sosial & kewangan sangat penting dalam hidup kamu. Dalam memilih pasangan, kamu akan menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka & mampu menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan kamu.


Soalan 2 : Menunjukkan personaliti dirimu
a) Individu sensetif & prihatin. Namun agak pemalu & sukar ditafsir. Namun hakikatnya mudah didekati.
b) Mudah bergaul,peramah & mempunyai ramai teman. Keramahan ada kalanya diragui teman2 & mereka sukar mempercayai dirimu. Kamu gemar membuat orang lain tertawa tapi tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur.Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Gemar memperlihatkn bakat kepada umum. Tapi ingat, orang lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka & terima pendapat orang lain. 


Soalan 3 : Melambangkan kebolehan / kelebihanmu
a) Individu sensetif  lebih-lebih lagi ketika berhadapan situasi rumit. Berfikiran tajam & sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekelilingmu kagum dengan cara kamu berkomunikasi & menyenangi dirimu.
c) Dianggap individu yang terlalu memahami org lain. Bersedia membantu sesiapa saja, walau apa jua keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea & berpotensi utk terus maju. Nmun jangan smpai mengabaikan perasaan orang lain.


Soalan 4 : Cara mengatur perbelanjaan
a) Bijak merangka perbelanjaan, tidak boros & tahu menggunakan wang sebaiknya.
b) Boros ! Sikapmu menjadikan kamu sering hidup dalam keadaan terdesak!
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap kamu kedekut kerana membeli barang berkualiti rendah. Mungkin sebab kmu tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional! Sekiranya inginkn sesuatu, kamu sanggup berhabisan.


Soalan 5 : Reaksi bila bertemu org baru
a) Gemar berkawan & berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun ada kalanya kamu agak bimbang org lain tidak dapat menerima kehadiran kamu.
b) Sebelum meluahkn isi hati , kmu ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Ada kalanya mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Sering dianggap individu yg sukar  didekati oleh mereka di sekelilingmu. Kamu juga agak mementingkan diri dlm melakukan sesuatu perkara.
d) Kamu berusaha bersunggh-sungguh agar diri kamu dapat diterima orang lain. Namun usahamu seakan sia-sia kerana individu sekelilingmu seakan tidak gemar sikapmu.