Sunday 7 October 2012

.:: Terengganuku **Lata BeLatan** ::.







Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu dalam kawasan Pentadbiran Hutan Terengganu Utara.Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan bandar Jerteh atau 103 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.





Gunung Tebu merupakan Gunung yang tertinggi di Negeri Terengganu (1097m dari aras laut). Ia merupakan tarikan utama bagi pendaki-pendaki yang ingin mencabar mental dan fizikal dengan mendaki gunung ini. Selain itu, lata belatan juga menawarkan tempat rekreasi terbaik dan selamat bersama keluarga kerana airnya tidak sedalam dan sederas Lata Tembakah yang juga terletak berhampiran.




Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah menenangkan fikiran, berkelah bersama keluarga, berkhemah, menyusuri sungai, jungle trekking atau mendaki gunung. Kadar bayaran bagi perkhidmatan di Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu RM2 (tapak Perkhemahan), RM5 (bagi pendakian gunung tebu setiap seorang).




Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana 
pengembaraan hutan yang lebih bermakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.







Selain daripada tarikan air terjunnya yang cantik dan keindahan hutan yang terdiri daripada pelbagai flora dan fauna, buat pengetahuan pembaca di luar, Hutan Lipur Lata Belatan ini turut mempunyai air terjun yang dipanggil air terjun Lata Belatan. Sama seperti keadaan Air Terjun Sekayu di Hutan Lipur Sekayu , air di sini turut sejuk dan nyaman. Tempat sebegini amat sesuai untuk kanak-kanak mandi kerana air sungainya yang tidak dalam, jernih dan berpasir halus serta tidak merbahaya.








Kemudahan yang disediakan di sini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.




Rugi jika tidak berkunjung ke sini bersama keluarga tersayang..bak kata orang tak kenal maka tak cinta..:)











2 comments:

  1. wooooooooouuuuuuuuu syokkk nya tempat nie nk g la cm nie guna pintu doremon hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yepp...pak joe..jom melawat ganu kite...hehe...byk tempat menarik kat sini tau...nanti sy kasi update...:)

      Delete