Saturday 6 October 2012

.:: KhaSiat SeseGar Teh Hijau (Green Tea) ::.



“Teh hijau?”
“Err, teh tarik sedaplah kot!”
Ramai yang mencebik dan yang menolak untuk menikmatinya di kala minum petang disebabkan bau teh hijau yang agak kuat berbanding jenis-jenis teh yang lain.
Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari Negara China dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.


KHASIAT TEH HIJAU

Membantu membakar lemak
Teh hijau dapat membantu mempercepat peningkatan metabolisme kerana pengaruh antioksidannya yang membantu liver berfungsi lebih efektif. Baru-baru ini sebuah penelitian di Amerika  mengkaji bahawa bagi mereka yang berbadan berlebihan, setelah di beri minum teh hijau tiga kali sehari dapat membakar 200 kalori ekstra per hari dari badan mereka. 

Mencegah penyakit jantung
Teh jenis ini diyakini dapat menurunkan kolesterol jahat LDL karana pengaruh antioksidan yang mencegah oksidasi kolesterol LDL dalam arteri.
Pembekuan trombosis yang abnormal dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke. Oleh itu  teh hijau terbukti mencegah pembekuan darah tidak normal secara efektif.
  
Menurunkan tekanan darah
Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertenesi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE dimana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.
  
Melindungi dari diabetes
Polyphenol dari teh hijau menghalang amylase sehingga membantu menurunkan peningkatan gula di dalam darah. Tingginya glukosa dan insulin dalam darah memungkinkan seseorang untuk mendapat diabetes.  

Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau dikenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli.  

Mencegah nafas tidak sedap
Minum teh hijau dapat membunuh bakteria yang hidup di mulut sebagai penyebab bau mulut.

 Melindungi dari hepatitis
Hepatitis seringkali dikaitkan dengan tingginya tingkat zat besi dalam hati. Teh hijau terbukti dapat menurunkan tingkat zat besi di seluruh tubuh yang memiliki pengaruh langsung untuk melindungi dari hepatitis.

Meningkatkan kekebalan
Menurut sebuah penelitian di Jepang berkumur dengan teh hijau dapat meningkatkan kekebalan dan terhindar dari influenza dan flu. Penelitian di Harvard University juga menujukkan bahawa bahan kimia teh hijau dapat merangsang sel gammadelta T. yang membantu kekebalan terhadap bakteria dan virus.




Saya juga telah cuba google keburukan teh hijau, namun hanya sedikit sahaja yang saya jumpa iaitu:

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman ringan bersoda.

Selain kafein, antioksidan flanovoid yang terdapat dalam teh menghambat penyerapan zat besi dari unsur-unsur tumbuhan seperti sayur dan buah. Namun, zat besi dari daging tidak terpengaruh penyerapannya. Sekadar peringatan, apapun yang berlebihan tidak akan baik kesannya.
Jika dalam penyajian menu arab juga, kita juga akan disudahi dengan dihidangkan teh arab panas diletakkan bersama daun pudina, sudah pasti itu juga salah satu mekanisma untuk 'memotong' segala lemak2 dari menu2 arab yang tentunya berat kan.


Ada lagi satu jenis teh yang agak 'power' dalam adegan potong memotong ni iaitu Teh Oolong, akan tetapi aku tewas dengan rasa dia yang tebal dan pahit. Kalau berani boleh cuba, dia adalah dari rumpun teh yang sama macam teh hijau juga tetapi proses fermentasi dia agak sikit berbeza dan lagi pure. 

No comments:

Post a Comment