Saturday 6 October 2012

^^ :: 1001 KhaSiat Teh :: ^^



Teh ..bantu menghalang penuaan kulit pra-matang

Pelbagai jenis teh sama ada jenis hijau, hitam, merah mahupun putih boleh dianggap sebagai kunci kulit yang cantik. Bagi mereka mengamalkan penggunaannya, ia mengandungi bahan antioksidan yang tinggi bersama kumpulan vitamin penting termasuk vitamin C dan E serta karoteroid dan flavonoid.

Semua vitamin itu beserta antioksidan di dalam teh berfungsi mewujudkan pertahanan yang dapat melindungi kulit daripada elemen merosakkan dari persekitaran dan pemakanan kita sendiri


Vitamin C

  • Mengurangkan pengeluaran pigmen melanin kulit, sekaligus membantu mendapatkan kulit yang cerah dan bercahaya.
  • Diperlukan bagi proses sintesis kolagen untuk mengurangkan kedutan dan memperbaiki kulit.

Vitamin E

  • Antioksidan yang berkuasa dan mampu menghalang radikal bebas bertindak merosakkan kulit dan keupayaannya memperbaiki tekstur kulit dibantu juga oleh Vitamin C.

Karotenoid

  • Antioksidan yang mampu menyerap dalam lemak dan mampu menahan radikal bebas yang diaktifkan oleh selaran ultraungu.



Ladang Teh di Cameron Highlands


Selain diminum teh juga boleh disapu pada kulit bagi mendapatkan faedahnya yang besar. Ia boleh digunakan untuk mengawal kulit berminyak terutama ketika cuaca panas. Ini kerana teh mempunyai sifat menenangkan yang mampu mengawal kelenjar terlalu aktif.

Cara-Cara 

Masukkan teh ke dalam bekas ais dan bekukan sebelum digunakan pada wajah bagi mengawal peluh dan minyak lalu membantu membuatkan solekan tahan lebih lama.

Teh juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau badan yang tengik melalui cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan rendam semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya tubuh berbau harum sepanjang hari. 

Ia juga digunakan untuk mencuci wajah bagi mendapatkan faedah antioksidan bahan itu yang tinggi.

Melembabkan kulit kering, teh yang mengandungi bahan tambahan chamomile, lavender dan pudina boleh digunakan dengan memanaskannya dan wap yang terhasil diasapkan pada wajah.

Campuran teh bersama bunga raya pula mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan mampu menghalang kulit daripada kerosakan akibat pelbagai elemen persekitaran dan dalaman.

Teh Hijau mengandungi Vitamin K yang mampu mengawal darah beku sekaligus berkesan untuk mengurangkan kegelapan di kawasan orbit mata.

Uncang teh yang sudah digunakan tidak perlu dibuang sebaliknya boleh diletak pada kawasan mata dan dibiarkan seketika.





No comments:

Post a Comment